Sistem yang buat kerja untuk anda.
Tiga sistem siap pakai yang kami suaikan mengikut cara perniagaan anda beroperasi. Dipasang, dilatih dan disokong — bukan sekadar diserahkan fail.
Sistem POS & Inventori
Uruskan jualan kaunter dan stok dalam satu skrin. Sesuai untuk kedai runcit, kafe, restoran, butik, farmasi dan kedai hardware.
- Jualan kaunter pantas + cetak resit
- Imbas barcode dengan scanner atau kamera telefon
- Stok masuk dan keluar automatik setiap jualan
- Amaran stok rendah sebelum kehabisan
- Laporan jualan harian, mingguan dan bulanan
- Pengurusan staf, syif dan kebenaran akses
- Boleh guna di komputer, tablet atau telefon
Sistem Tempahan & Booking
Benarkan pelanggan tempah sendiri 24 jam tanpa perlu anda balas mesej satu per satu. Sesuai untuk salon, klinik, homestay, sewa kereta dan pusat kecergasan.
- Kalendar slot masa yang dikemas kini serta-merta
- Pengesahan automatik ke WhatsApp dan email
- Kutipan deposit online untuk kurangkan tempahan hangus
- Urus staf, servis, bilik atau kenderaan berasingan
- Peringatan janji temu automatik sehari sebelum
- Waktu operasi, cuti dan blok masa boleh ditetapkan
- Laporan tempahan dan pelanggan berulang
Sistem Sekolah, Kursus & E-Learning
Satu sistem untuk pendaftaran, kehadiran, yuran dan kelas online. Sesuai untuk tadika, pusat tuisyen, akademi kemahiran dan pengajar kursus dalam talian.
- Pendaftaran dan profil penuh setiap pelajar
- Kehadiran melalui imbasan QR di pintu masuk
- Bil yuran automatik + resit dan rekod pembayaran
- Portal ibu bapa untuk semak kehadiran dan yuran
- Kelas online, muat naik nota, kuiz dan sijil
- Jadual kelas, guru dan bilik darjah
- Laporan markah, prestasi dan kemajuan pelajar
Setiap sistem termasuk
- Pemasangan dan pemindahan data sedia ada
- Latihan untuk anda dan staf
- Sandaran data automatik setiap hari
- Sokongan WhatsApp 90 hari selepas pemasangan
- Hosting sistem tahun pertama
Selepas tahun pertama, hosting dan penyelenggaraan sistem: RM149 sebulan.
Perniagaan anda tak muat mana-mana kotak?
Kami juga bina sistem dari kosong — pengurusan ahli, komisen agen, penghantaran, tuntutan, inventori gudang, atau apa sahaja proses yang anda masih uruskan dalam Excel dan WhatsApp.
Ceritakan proses kerja anda dalam WhatsApp. Kami akan cadangkan skop, harga tetap dan tarikh siap sebelum apa-apa bayaran.
Bincang Sistem CustomSoalan tentang sistem
Sistem ini berjalan di mana — komputer saya atau online?
Online, melalui pelayar web. Bermakna anda boleh capai dari kedai, dari rumah atau dari telefon. Tiada pemasangan rumit dan data disandarkan setiap hari.
Kalau internet putus, saya masih boleh berniaga?
Untuk sistem POS, ya — mod luar talian membenarkan jualan diteruskan dan data akan disegerakkan sebaik sahaja internet kembali. Kami tunjukkan cara semasa latihan.
Boleh pindahkan data lama saya dari Excel?
Boleh, dan ia termasuk dalam harga. Hantar fail Excel anda — senarai produk, pelanggan atau pelajar — dan kami masukkan ke dalam sistem sebelum anda mula guna.
Berapa lama sistem siap dipasang?
Pakej Lite biasanya 7 hingga 10 hari bekerja. Pakej Pro 2 hingga 3 minggu. Sistem custom bergantung pada skop — kami beri tarikh tetap dalam sebut harga.
Boleh gabungkan sistem dengan website saya?
Boleh. Contohnya butang tempahan di website terus masuk ke sistem booking, atau stok kedai online disegerakkan dengan POS. Beritahu kami dan ia akan dimasukkan dalam skop.
Nak tengok sistem ini berfungsi?
Minta demo percuma melalui WhatsApp. Kami tunjukkan skrin sebenar dan jawab soalan anda terus.